Kelas Nadi Mahir Foto Sesi 1 – Video Ii
17 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus pada minggu ini, peserta diajar teknik komposisi dalam videografi, pemahaman asas mengenai camera movement, audio recording serta mengenai penerbitan (rakaman video).
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu peserta untuk menjadi usahawan dan meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: